Proses pembelajaran Al-Quran dan akademik dengan cara guru datang ke rumah pelajar.
Pembelajaran yang berfokus dan lebih berkesan berkonsepkan "one to one".
3. Berapakah jumlah bilangan pelajar dalam satu sesi pembelajaran?
Untuk pembelajaran yang lebih fokus, bilangan pelajar adalah seramai 1-2 orang.
4. Adakah tutor boleh dipilih?
Ya boleh, guru mengajar boleh dipilih mengikut kesesuaian yang anda inginkan.
5. Bilakah waktu kelas dilaksanakan?
Kelas dilaksanakan mengikut kesesuaian masa anda.
6. Bagaimana jika kelas mahu dibatalkan atas sebab-sebab tertentu?
Kelas boleh dibatalkan dengan syarat menggantikan kelas tersebut pada hari yang lain bagi mencukupkan kehadiran serta perlu dimaklumkan awal.
7. Berapa had umur bagi pelajar di mengaji.my ini?
Had umur adalah kanak-kanak hingga warga emas.
8. Bagaimana kadar yuran ditetapkan?
Bayaran yuran adalah mengikut pakej yang dipilih.
9. Adakah ada pakej pembelajaran untuk sebuah keluarga?
Boleh, pakej keluarga juga disediakan.
10. Bilakah tempoh pembayaran yuran perlu dijelaskan?
Pembayaran yuran perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 5 hari bulan untuk setiap bulan.
11. Berapa lamakah tempoh pelajar boleh menguasai apa yang diajarkan?
Bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan pelajar.
12. Sekiranya berlaku permasalahan kepada tutor sedia ada, adakah dibolehkan untuk menukar kepada tutor yang lain?
Pelajar/ Ibubapa boleh memaklumkan kepada pihak kami untuk memohon pertukaran tutor sedia ada dan mengantikan kepada tutor yang lebih sesuai.
13. Bahan mengajar disediakan oleh pelajar/ibubapa atau tutor?
Tutor akan memaklumkan kepada pelajar/ibubapa tentang apa bahan mengajar terbaik yang diperlukan untuk sesi pembelajaran.
14. Apakah kelayakan tutor yang mengajar di mengaji.my?
Individu yang menjadi tutor kami telah melalui proses penapisan melalui sesi temuduga serta sering dipantau prestasi kerja mereka.