MENGAJI.MY Home Quran & Home Tuition merupakan anak syarikat MYS Silaturahim Resources iaitu sebuah syarikat Bumiputera Muslim yang menjalankan dan menguruskan program akademik dan ilmiah berkaitan Al-Quran dan Subjek Akademik Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah berkonsepkan Home-Based Learning iaitu Pembelajaran Guru Mengajar Di Rumah
Bermula dengan Silaturahim Home Quran & Home Tuition pada 2011, sekali lagi kami mengorak langkah penjenamaan semula dengan menggunakan nama MENGAJI.MY. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Tutor Al-Quran & Tuisyen Akademik di rumah sejak tahun 2011, kini kami MENGAJI.MY mempunyai premis sendiri yang bertujuan untuk memberi khidmat pembelajaran pada masyarakat secara One to One mahupun berkumpulan di Pusat Pembelajaran kami.
Bermula pada 2011 dengan beberapa siri kelas pengajian di rumah pelajar, kini MENGAJI.MY Home Quran & Home Tuition dalam usaha membentuk satu sistem bagi menyatukan guru-guru dan tutor-tutor yang berkelayakan serta berkebolehan tinggi untuk memenuhi permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia.
Tenaga pengajar dari MENGAJI.MY Home Quran & Home Tuition diberikan latihan dan pendedahan mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran berkesan mengikut Psikologi Pendidikan serta didedahkan dengan sistem pendidikan terkini berdasarkan ketetapan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tenaga Pengajar Al-Quran daripada MENGAJI.MY Home Quran & Home Tuition ditapis dalam sesi temuduga khas bagi memastikan kualiti dan kelayakan akademik yang bertepatan dengan pendidikan Islam khususnya Al-Quran dan Tajwid. Mereka terdiri daripada Ustaz dan Ustazah lepasan Kolej/Kolej Universiti/Universiti tempatan dan antarabangsa yang mempunyai pengkhususan pendidikan dalam bidang Pengajian Islam seperti Syariah, Usuluddin, Al-Quran & Hadith, Dakwah, Tahfiz & Qiraat dan lain-lain lagi.
Manakala Tenaga Pengajar / Tutor Akademik pula disaring melalui kelayakan SPM dan pengkhususan dalam bidang yang diambil di Universiti. Mereka juga ditapis dalam sesi temuduga khas bagi memastikan kualiti dan kelayakan akademik yang bertepatan subjek yang akan diajar oleh mereka. Mereka terdiri daripada Mahasiswa dan lepasan Mahasiswa Kolej/Kolej Universiti/Universiti tempatan dan antarabangsa yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, guru-guru sekolah dan juga para pensyarah.
Semoga MENGAJI.MY menjadi medan golongan berilmu ini untuk menyalurkan ilmu dan manfaat yang dimiliki oleh mereka kepada anak bangsa yang sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk lebih berjaya dan cemerlang pada masa hadapan. Insha Allah.
This website may use Cookies in order to work better. At anytime you can disable or manage it in your browser's settings. Using our website, means you agree with Cookies usage.
This website may use Cookies in order to work better. At anytime you can disable or manage it in your browser's settings. Using our website, means you agree with Cookies usage.