Mengaji.my

Al-Quran Digital & Terjemahan Melayu

Lengkap dengan terjemahan Bahasa Melayu berdasarkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Baca, dengar, dan hayati Al-Quran di mana jua anda berada.

Pilih Surah

Cari Ayat Dalam Terjemahan

Surah Al-Fatihah

Surah 1 · 7 Ayat

1 Al-Fatihah : 1

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2 Al-Fatihah : 2

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ٢

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3 Al-Fatihah : 3

ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4 Al-Fatihah : 4

مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5 Al-Fatihah : 5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6 Al-Fatihah : 6

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7 Al-Fatihah : 7

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.